Pernah tak korang rasa dalam masalah untuk menyelesaikan pinjaman perumahan korang atau mana-mana bentuk jenis pinjaman yang lain.

Korang tak tahu nak dapatkan bantuan dari pihak yang betul malah ada kalangan kita yang tersilap langkah dalam memohon pertolongan dan berindak meminjam dengan pihak yang salah dan terjerumus kepada  skim pinjaman wang haram.

Tahukah anda bahawa terdapat pihak yang sedia membantu korang dan sevis yang ditawarkan adalah percuma.

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

AKPK, bukan sekadar bantuan terakhir!

Ramai yang beranggapan AKPK ini adalah jalan terakhir korang bagi menyelesaikan masalah kewangan korang dan anggapan itu sebenarnya adalah SALAH.

Korang boleh mendapatkan bantuan nasihat dari program yang ditawarkan oleh pihak AKPK bermula dari sebelum, semasa dan juga selepas pembelian rumah.

Mengikut kajian kumpulan yang dijalankan oleh pihak AKPK sendiri, kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu kewangan dalam generasi muda dan juga generasi tua adalah punca utama mereka gagal menguruskan hutang dengan baik.

Jadi sis nak korang bermula dari sekarang untuk lengkapkan ilmu pengetahuan mengenai pinjaman dan ilmu kewangan.

AKPK mempunyai tiga perkhidmatan utama iaitu pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan Program Pengurusan Kredit.

Sis akan ‘share’ kepada korang secara ringkas perkhidmatan yang ditawarkan dan macam mana korang boleh manfaatkan perkhidmatan ini dalam pembelian rumah korang.

Dalam perkhidmatan pendidikan kewangan, pihak AKPK akan memberikan  nasihat pendidikan kewangan supaya masyarakat yang dilahirkan lebih celik kewangan dan dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.

Pendidikan kewangan ini ingin dimulakan sejak dari peringkat pengajian tinggi dan juga berterusan hingga ke umur persaraan.

Khidmat ini jika korang gunakan dengan betul dan diaplikasikan sejak korang berada di pengajian tinggi, langkah untuk membeli rumah akan menjadi sangat mudah kerana korang telah mempunyai asas yang kukuh.

Seterusnya, bagi kaunseling kewangan, pihak AKPK memberi kaunseling dan nasihat secara bersemuka tentang pengurusan kewangan dalam aspek belanjawan, pengurusan wang dan isu-isu berkaitan dengan kredit.

Melalui pengurusan wang dan belanjawan yang betul, korang akan dapat membuat pinjaman dan ansuran bulanan rumah atau apa-apa bentuk pinjaman yang sesuai dengan kemampuan dan kedudukan kewangan korang.

Langkah terakhir jika korang mengalami masalah dari segi pembayaran ansuran rumah ialah program pengurusan kredit ialah mengawal semula kehidupan dan bebanan kredit korang.

Menerusi program pengurusan kredit, para kaunselor AKPK akan bekerjasama dengan korang untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan korang.

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memberi pendedahan tentang agensi sah dan diiktiraf iaitu AKPK yang terbiasa dengan ‘stereotype’ jalan terakhir dan bantuan bagi mereka yang terdesak sahaja.

Malah, sis sendiri juga menggunakan pembacaan dari laman web AKPK  di  SINI dalam membantu menyusun atur kewangan sis sendiri yang ditawarkan secara PERCUMA! Buka mata,buka hati! JANGAN SUDAH TERLAMBAT, baru sibuk mencari bantuan yang sudah ditawarkan sejak awal lagi! Tak percaya dengan stastik kes yang berjaya diselesaikan? Baca lebih lanjut di sini.