Dalam menjelang PRU tak lama lagi, banyak kes-kes yang menjadi isu terutamanya oleh pihak lawan masing-masing. Hartanah pun tak lari untuk jadikan isu. Kali ni isu projek PPA1M gagal.

PR1MA, RUMAWIP, Rumah Mesra Rakyat, PPR, Perumahan Generasi Baru FELDA, dan PPA1M kesemuanya ada objektif dan fokus tertentu yang mana untuk PPA1M lebih fokus untuk membantu penjawat awam memilik rumah.

Projek PPA1M

Projek PPA1M atau nama panjangnya Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013.

Mengikut HarianMetro Online, harga rumah di bawah PPA1M ni adalah RM150,000 sehingga RM300,000 dan PPA1M Bukit Jalil merupakan PPA1M paling tinggi dengan 41 tingkat.

Keluasan pun boleh tahan gak, 1000 sqft sehingga 1434 sqft tu. Agak luas untuk rumah mampu milik bertingkat ni. Rumah biasa confirm RM500,000 ke atas punya.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Target adalah sebanyak 200,000 unit kediaman PPA1M dan kesemuanya ditetapkan pada harga di bawah RM300,000 untuk capai target mampu milik.

Daripada 200,000 target untuk dibina, 126 ribu unit telah diluluskan manakala 3,563 unit sudah siap untuk diduduki.

Yang paling terbaru menurut SinarOnline adalah di Bandar Sri Sendayan, sebanyak 360 unit rumah di bawah projek Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Plus akan dibina.

Bagi teres satu tingkat berharga RM245,000 dan RM340,000 bagi teres dua tingkat. Namanya PPA1M Plus sebab harga ada yang melebihi RM300,000 sedangkan PPA1M biasa harga target bawah RM300,000.

“Kenapa Ada Kata Gagal?”

Walaupun harga yang rendah dan menjadi rebutan majoriti penjawat awam, tetapi ada juga yang tak puas hati dengan projek PPA1M ni.

Terdapat beberapa individu yang mengatakan rumah yang mereka dapat kualitinya sangat rendah, pintu dipasang senget, dinding tak ditampal dengan elok, dan sebagainya.

projek PPA1M

Ada juga yang complaint rumah yang mereka beli asalnya bukan projek PPA1M tetapi ditukar kepada PPA1M selepas mereka beli dan menyebabkan harga jatuh dan mereka mengalami kerugian disamping dapat rumah kualiti rendah.

Daripada perspektif pembangkang pula, Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengulas tentang kegagalan Kerajaan Negeri Kedah membangunkan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang telah diluluskan pada tahun 2014, tapi sehingga sekarang belum dibina.

Tetapi kalau mengikut BeritaRTM, majlis pecah tanah sudah pun dilancarkan baru-baru ini di Kampung Padang Tembak, Kedah.

Kesimpulan

Kalau dilihat daripada senario yang terjadi sekarang, projek PPA1M sememangnya projek yang sangat baik terutamanya bagi penjawat awam. Tetapi yang menjadi bualan orang ramai adalah hasil kerja pihak pemaju yang tidak memuaskan. Kerajaan perlu lebih alert dengan problem yang macam ni.

Akan ada pemaju yang ambil kesempatan, buat ala kadar sebab customer kerajaan yang cari, dan pemaju dah confirm-confirm dapat duit bila rumah siap.

Ada stage-stage verify kualiti yang pemaju perlu lalui untuk pihak kerajaan disburse duit, jadi mungkin kerajaan perlu lebih fokus kepada stage-stage ni terutama terhadap pegawai yang bertugas untuk elakkan corruption, sebab yang jadi mangsa rakyat juga.

Bab rumah PPA1M belum dibangunkan, kerajaan berjanji akan bangunkan secara berperingkat sehingga tahun 2020. Kita tunggu PRU nanti, dan lihat macam mana progress PPA1M selepas tu.

BACA LAGI: RUMAWIP kini boleh diduduki

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.