Ramai antara pembaca adalah bakal pembeli rumah pertama, jadi kali ni kita berkongsi sedikit tips beli rumah pertama daripada Dr Azizul:

7 Tips Beli Rumah Pertama

1. TUJUAN MEMBELI RUMAH

Kita beli untuk duduk aman bahagia selamanya atau pelaburan. Jika untuk pelaburan kiraannya berbeza dengan duduk sendiri.

Beli untuk duduk sendiri, anda pilih la yang macam mana anda suka, kalau untuk pelaburan, anda kena pilih yang majoriti dan potensi pembeli untuk membeli rumah tersebut.
.

2. MULAKAN DENGAN KECIL

Semua makhluk nak rumah besar ada kolam mandi, tetapi apa salahnya mulakan dengan kediaman kecil dahulu. Kecil, mudah dan mampu beli

Buat apa beli yang mahal sampai DSR anda cecah maksimum, cukup sekadar dapat beli rumah di kawasan yang bagus. Cukup tahun nanti, jual semula, untung tu boleh la buat deposit rumah baru lebih besar.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.


3. KAWASAN BERPOTENSI

Rumah pertama biarlah dikawasan yang boleh jual kembali atau sewakan nanti. Kita pastinya ingin ada kediaman besar atau atas tanah suatu hari nanti. Mudah jualkan kembali nanti.

Nak tau kawasan mana yang best, boleh tanya ejen hartanah anda. Mereka memang sentiasa up-to-date dengan demand pembeli rumah.

4. UNTUNG WAKTU BELI

Zaman tunggu hartanah naik harga terlalu lama, ramai orang beli dengan harga dibawah pasaran agar cipta untung waktu beli, bukan waktu dah tua nanti.
.

Jangan sesekali anda berharap agar harga rumah naik selepas anda beli, tu permikiran yang salah jika anda nak jadi pembeli hartanah yang bijak. Beli harga lebih rendah, anda dah pun untung dengan harga market.

5. BELI RUMAH ATAU KERETA DULU?

Jika beli kereta dulu, peluang beli rumah semakin sukar. Pertimbangkan nak mandi dalam kereta atau nak tidur selesa dalam rumah pertama.
.

Ini disebabkan komitmen bulanan kereta tu akan kacau permohonan pinjaman perumahan anda. DSR anda akan jadi tinggi. Mungkin anda boleh beli kereta secondhand yang murah-murah dulu sementara untuk dapatkan rumah. Biar susah dulu takpe.

6. LAYAK RUMAH RM450,000 BELI YANG RM400,000 SAHAJA

Jangan maksimumkan kemampuan kewangan kita, rendahkan piawai dan pastikan kita ada lebihan wang bila beli rumah. Jangan sampai sesak nafas.

Anda kena jaga DSR anda, banyak lagi benda yang anda boleh buat jika DSR anda tidak terlalu tinggi. Bebanan bulanan anda pun tak teruk.

7. TAK PERLU JADI PAKAR

Belajarlah sedikit ilmu hartanah, tak perlu sampai jadi pakar baru membeli. Dapatkan bantuan agen hartanah berdaftar REN atau baca sahaja buku Abah Qilah!.
.
Selamat berusaha, jangan mengalah dan salah beli hartanah. Ada banyak tawaran yang baik jika kita bijak memilih hartanah yang betul.

Haa nak beli atau semak harga rumah, apa tunggu lagi klik sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.

 

Ditulis oleh:

Azizul Azli Ahmad
Seorang tenaga pengajar di IPT, tapi banyak berceloteh pasal pengurusan kewangan. Nak buat bajet harian ke, bajet tahunan ke, dia ada tulis di FBnya