7 Cara Untuk Kurangkan Panas Di Rumah

Selalu tak korang alami keadaan panas lain macam kat dalam rumah korang? Terutama sekali rumah yang tak ada aircond tu. Pehh! Perit beb menahan. Nak tidur pun berpeluh. Memang tak selesa la jawabnya.

Sejak akhir-akhir ni, cuaca kat Malaysia ni tak menentu. Kadang-kadang tu siang ke malam pun panas dia tak boleh nak bawa bincang langsung. Kalau yang ada aircond kat rumah tu, takkan korang nak pakai aircond je memanjang. Confirm bil elektrik bulanan korang melambung punya!

Jadi, di sini ada beberapa tips yang nak dikongsikan pada sesiapa yang masih belum tahu tentang cara mudah untuk kurangkan panas di rumah.

Ada 7 Cara Untuk Kurangkan Panas Di Rumah

#1. Catkan Rumah Dengan Warna Cerah

Cara Untuk Kurangkan Panas Di Rumah

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Catkan rumah korang guna warna-warna cerah macam biru cair, hijau cair, putih dan sebagainya. Kenapa kena guna cat warna cerah? Kalau diikutkan, warna yang cerah bersifat pemantul cahaya dan kurang menyerap haba. Oleh yang demikian, ruangan rumah akan jadi lebih sejuk.

Dalam pada masa yang sama, penggunaan warna-warna cerah sebagai dinding rumah korang membuatkan kediaman rumah nampak lebih luas daripada biasa. Rasa selesa je mata memandang. Elakkan daripada gunakan warna-warna gelap seperti hitam dan dark blue sebab itu yang akan jadi salah satu faktor rumah korang panas dan lebih mudah serap haba. Suram pun ye juga.

BACA: Cara Nak Bagi Rumah Nampak Luas

#2. Gunakan Pelembap Udara

Selain daripada korang beli aircond, kenapa tidak beli pelembap udara? Pelembap udara ni taklah sama fungsinya dengan aircond dan sama sejuknya. Cuma korang dapatla kurangkan sikit penggunaan elektrik berbanding gunakan aircond.

Pelembap udara ni dapat bantu tambahkan kelembapan udara dengan titisan-titisan wap air. Jadi, kediaman dalam rumah korang akan lebih sejuk. Di samping, ia turut memberikan udara nyaman dan keselesaan untuk korang. Alat ni banyak dah sekarang di jual kat pasaraya atau online macam Lazada.

#3. Buka Exhaust Fan

Exhaust Fan ni selalunya orang guna time masak je. Nak kurangkan atau hilangkan asap daripada masakan lah biasanya. Lagi-lagi masa tengah masak tumisan tu. Berair je biji mata.

Cuba kali ni korang buat kelainan, buka exhaust fan tu bukan bila masak je tapi buka juga masa cuaca dah start panas. Ikut logik, bila korang on kan benda ni, bukan setakat asap je keluar, udara panas serta bahang-bahang dalam rumah tu sekali dapat keluar. Senangkan?

#4. Letak Besen Berisi Air

Macam pelik la kan, tiba tiba ada besen air dalam bilik. Biar lah pelik, asalkan sejuk sebab ternyata cara ni berhasil. Dikatakan melalui cara ni, air dapat menyerap segala haba yang ada. Lagi besar besen berisi air tu, lagi banyaklah dia serap. Nak lagi power, korang letak ais batu dalam bilik. Confirm sejuk. Jangan buat sirap bandung pulak.

#5. Gunakan Lampu Yang Kurang Mengeluarkan Haba

Kadang-kadang kecil punya hal yang buat panas sebagai contoh lampu. Penggunaan lampu yang mengeluarkan haba yang banyak, antara punca rumah korang jadi panas. Sebaiknya gunakan lampu ‘flourescent bulb’ yang mengeluarkan cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulb’. Haba yang dikeluarkan ‘flourescent bulb’ kurang habanya berbanding mentol yang lain. Bukan itu je, lampu ni dapat kurangkan penggunaan tenaga elektrik sekali.

#6. Buat Siling Tinggi

Yang ni sesuai untuk orang yang baru nak buat rumah. Buatlah siling yang tinggi kerana dikatakan ia mampu untuk jadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

Selain itu, ada juga tips yang mengatakan penggunaan Fiber Cement Board sebagai siling rumah dapat sejukkan rumah. Ini kerana siling jenis ni lebih murah dan senang diperoleh. Untuk pastikan ruang dalaman lebih sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Penebat haba akan mengurangkan kesan pemanasan ruang ini.

#7. Buka Pintu Dan Tingkap Untuk Pengudaraan Yang Baik

Cara Untuk Kurangkan Panas Di Rumah

Ini cara paling cliche. Buka pintu atau tingkap seluas-luasnya biarkan angin luar boleh masuk sekaligus haba atau bahang dalam rumah boleh keluar dengan mudah. Elakkan letak perabot atau langsir yang terlalu tebal di pintu atau tingkap sebab nanti ianya akan bataskan pergerakan udara.  

Mudah bukan?

Korang rasa info ni bermanfaat? Jangan lupa share ye!