6 Perkara Yang Menjejaskan Nilai Rumah

Kebanyakan orang hanya ambil tahu cara bagaimana untuk meningkatkan nilai sesebuah hartanah tetapi memandang sebelah mata perkara yang menjejaskan nilainya. Tak semua perkara meningkatkan nilainya, malah ada yang menyebabkan harga hartanah anda susut pula. 

Jika anda bercadang untuk menjual rumah pada masa akan datang, anda perlu mempertimbangkan hal-hal yang boleh menjejaskan nilai rumah anda. Berkemungkinan besar, ia akan menghalang pembeli yang berpotensi untuk ke rumah anda. Ini akan memberi kesukaran pada anda semasa penjualan nanti sama ada menggunakan ejen ataupun tidak.

Persoalannya, apakah perkara-perkara yang boleh menjejaskan nilai rumah tersebut?

6 Perkara Yang Menjejaskan Nilai Rumah Anda

#1. Pandangan Luar Rumah

Lalang panjang, laluan pejalan kaki rosak, tumbuhan mati, rumput tak dipotong, barang kat garaj berselerak –“Alah kecik punya hal je tu. Orang nak tengok dalam rumah je, bukan luar pun”. Kebanyakan orang menganggap pandangan luar rumah sebagai satu hal yang remeh. Kadang hal yang kecil itulah penjejas nilai hartanah kita. 

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Ikut logik, kalau anda tengok rumah mana-mana, apa perkara pertama yang anda tengok dulu? Mestilah bahagian luar rumah dia kan. Kalau luar dah buruk, seram sejuk orang nak masuk. Sebaiknya, pinjamkan sedikit masa dan wang sebagai pelaburan anda untuk dapatkan positive impression daripada pembeli. Potong rumput berapa lah sangat, RM10 je dan repair sikit-sikit di luar tu.

#2. Keadaan Bilik Mandi/Tandas

Perkara Yang Menjejaskan Nilai Rumah

Bilik mandi yang mengerikan adalah masalah besar. Siapa sahaja yang nak mandi dalam bilik mandi yang penuh lumut dan barang yang bersepah? Confirm geli geleman. Alih-alih tikus pun boleh buat port kat situ. Seeloknya anda bersihkan terlebih dahulu bilik mandi anda. Jika ada kerosakan dalam bilik mandi pastikan anda baik pulih dengan segera seperti kebocoran paip atau sebagainya.

#3. Condition Fizikal Rumah

Kerosakan harta benda dan fizikal hartanah seperti dinding retak akan mempengaruhi nilai rumah. Jika terdapat beberapa pembaikan yang perlu dilakukan terhadap rumah anda, buat langkah segera sebab mencegah lebih baik dari merawat.

Sebagai pembeli, mereka akan meletakkan kos pembaikan yang diperlukan dan minta diskaun daripada nilai harga hartanah. Itu yang sampai ada mintak puluhan ribu ringgit semata-mata untuk repair rumah. Padahal berapa ribu atau ratus ringgit je kosnya. Ambil ni sebagai perkara yang serius sebab nanti anda yang rugi.

#4. Jalanraya Sibuk

Perkara Yang Menjejaskan Nilai Rumah

Kebanyakan pembeli rumah di Malaysia terutama bagi mereka yang berbangsa Cina mempraktikkan elemen Feng Shui dalam pemilihan hartanah, sebagai contoh rumah yang menghadap lalu lintas utama adalah dilarang sama sekali.

Melihat daripada perspektif lain, rumah yang berdekatan dengan jalan raya sibuk ni ada isu keselamatan dan kebiasaannya bising disebabkan jalan jam atau kenderaan keluar masuk tanpa henti. Sebab itulah ramai yang kurang minat lokasi macam ni. Nak tidur pun tak senang.

BACA: Feng Shui: Apa yang korang kena tahu sebelum beli rumah?

#5. Berdekatan Tanah Perkuburan

Rumah yang berdekatan dengan tanah perkuburan (tidak kira bangsa atau agama) akan menjejaskan nilai hartanah itu. Walaupun pembeli awal tak ada apa-apa masalah, kesukaran untuk menjual semula atau sewakan akan dihadapinya pada masa akan datang. Buatnya ada yang boleh nampak ‘benda’ tu, main cak cak. Tak ke naya tu. Sape je nak beli hahahah.

#6. Cahaya Semulajadi

Secara umumnya, orang ramai lebih sukakan cahaya matahari semulajadi sebab ia dapat mengurangkan bil elektrik. Bila rumah itu kekurangan pencahayaan semulajadi, maka rumah akan kelihatan suram dan kurang menarik minat pembeli. Seeloknya, jika rumah tu boleh dipasangkan tingkap, pasanglah. Bila rumah ada nur, barulah ada sinar rumah tu untuk dibeli tambah pula pengudaraan jadi lebih baik.

Jadi, kalau anda nak menjual atau menyewakan rumah anda, banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan. Sekiranya anda mahukan harga terbaik, anda perlu memberikan ia dalam keadaan yang terbaik. Jangan biarkan perkara-perkara ini mengurangkan nilai rumah anda.