Selalunya banyak artikel tentang macam mana nak beli rumah, macam nak kumpul deposit rumah, kali ni kita bincangkan cara jual rumah dengan cepat.

Nak beli rumah bukan senang, nak jual rumah rumah pun bukan senang jugak tau.

Untuk yang nak jual rumah, artikel cara jual rumah kali ni harap boleh membantu anda mempercepat rumah anda terjual

5 Cara Jual Rumah Dengan Cepat

1) Renovate atau cat.

Yang ini bagi kami sangat penting. Banyak yang kami lihat owner yang nak jual rumah cepat, tapi rumah sangat teruk.

Kalau anda sendiri pun nak beli rumah, anda mesti la nak rumah yang cantik dilihat.

Jadi, keluarkan modal untuk cat semula supaya nampak cantik. Kalau anda pandai DIY, renovate la sikit-sikit sebab kita nak bagi the best first impression kepada pembeli.

2) Promotion yang betul

Kalau nak jual rumah dengan cepat, promotion mesti kaw-kaw jangan kedekut duit.

Promotion yang dimaksudkan ialah promosi iklan. Promosi guna cara yang betul. Anda perlu gantung banner FOR SALE depan rumah, pastikan nombor telefon jelas.

Jangan berhenti setakat tu je, buat iklan dalam website property. Ada yang kena bayar dan ada yang free untuk owner. Iklan tu hari-hari kita update dan pastikan berada di page paling depan.

Tu pun belum cukup, sebarkan kepada rakan-rakan yang anda nak jual rumah, sebarkan dalam group-group social anda, facebook ke, whatsapp atau pun telegram.

3) Melantik ejen berdaftar

cara jual rumah dengan cepat

Nak lagi cepat, anda boleh lantik ejen hartanah. Pastikan yang berdaftar dengan agensi yang sah.

Sebab ejen ada network yang luas. Kadang-kadang tu ada ejen yang dah ada pembeli untuk kawasan rumah anda.

Mereka pun akan promosikan / iklankan rumah anda dekat network dan website mereka. Urusan dengan peguam dan pembeli pun akan diuruskan oleh ejen.

BACA LAGI: Cara Jual Rumah Guna Ejen

4) Harga yang competitive

Jika anda nak jual rumah yang berada dalam kawasan high supply, anda kena compete harga anda dengan owner yang lain. Boleh check dalam website yang anda buat iklan.

Kalau orang lain jual harga RM250k, takkan anda tetap nak jual RM280k walaupun anda ikut harga market, tapi pembeli nak yang harga rendah.

Nak cepat terjual memang kena betul-betul competitive dengan harga ni. Lain la kalau anda ada buat renovation yang gempak, itu boleh letak harga lebih sikit.

5) Memudahkan deposit

Memudahkan deposit tak bermaksud mengurangkan deposit yang anda terima. Deposit tetap 10% jugak.

Ada pembeli yang betul-betul nak beli dan layak untuk loan cuma deposit belum cukup.

Untuk situasi macam tu, ada owner benarkan pembeli bayar deposit guna KWSP. Ada juga beberapa cara lain tetapi perlu dokumen bertulis oleh peguam.

Situasi macam ni selalunya untuk kawasan yang demand sangat rendah. Kalau tak mudahkan deposit, memang sangat lambat untuk terjual.

Kesimpulannya anda boleh fokus cara 1 – 3, yang nombor 4 dan 5 anda perlu lihat kepada situasi atau market di kawasan rumah anda tu. Kalau anda buat kesemua, dalam beberapa bulan dah terjual. Semoga 5 cara jual rumah dengan cepat di atas dapat membantu anda.