5 Aset Milik Manusia Terkaya Di Malaysia Yang Mengkagumkan

Korang kenal tak siapa manusia paling kaya di Malaysia?

Haaa… Kalau korang tak kenal, kami ingin memperkenalkan kepada korang…

Top 1 Orang Terkaya Di Malaysia… Robert Kuok!!!

Mungkin nama beliau agak familiar dengan title Raja Gula disebabkan beliau merupakan salah seorang pemegang saham terbesar dalam business gula. Menurut Forbes, sehingga 20/2/2018 yang lalu, nilai bersih kekayaan RObert Kuok adalah $15 Billion. Cuba korang bayangkan korang ada duit sebanyak tu. Perghhh

Tapi, selain daripada meniaga gula Robert Kuok juga menjadi kaya disebabkan hartanah yang dia ada. Kiranya, bukan sebab gula je dia kaya. Yang membuatkan dia bertambah-tambah kaya adalah portfolio hartanah yang dimiliki.

Jom kita tengok 5 hartanah yang dimiliki oleh Robert Kuok:

1. Shangri-La Hotel Dan Resort

Salah satu hotel mewah Shangri-La

Mesti korang familiar kan dengan nama hotel dan resort ni. Ye lah, hotel ini sebenarnya milik jutawan kelahiran Malaysia ni lah. Dan Shangri-La hotel menawarkan hotel yang mewah dan semestinya harga yang mahal. Shangri-La hotel dan resort ni ada dekat merata-rata dunia. Sebut je negara apa, mesti ada sebuah dekatĀ  negara tu.

2. Great World City, Singapura

Great City World antara pusat memeli belah terkemuka di Singapura

Great World City ni adalah pusat membeli belah setinggi 6 tingkat. Bukan tu je, dalam tu pun ada bangunan pejabat dan juga apartment mewah. Keluasan bangunan ni adalah 400,000 kaki persegi dan menempatkan beberapa brand terkenal seperri ZARA & Best Denki. Kalau korang nak pergi, ia terletak di antara Kim Seng dan Zion Roads, berdekatan River Valley Road dan Kim Seng Promenade.

3. Tanglin Mall, Singapura

Tanglin Mall juga antara sumber pendapatan obert Kuok

 

Tanglin Mall juga merupakan pusat membeli belah yang terletak di Tanglin Road. Bangunan ni ada 4 tingkat dan dalamnya ada lebih kurang 71 buah kedai yang menjual macam-macam barang. Bukan tu je, shopping mall ini juga menyediakan lebih 400 ruang parking. Jadi, lebih sejuta penduduk di kawasan sekitar tu tak payah nak pergi jauh-jauh sebab Tanglin Mall ni menawarkan macam-macam produk.

4. Traders Hotel

Traders Hotel untuk mereka yang mahukan ciri-ciri profesional tapi bajet biasa-biasa

Hotel ni banyak ada dekat Asia dan juga Timur Tengah. Kalau korang yang jenis suka berjalan sambil business dekat luar negara memang sesuai lah dengan hotel ni. Hotel ni kiranya tak lah mahal sangat tapi kalau korang pergi sini boleh lah korang rasa hospitaliti ala-ala Asian. Memang hotel ni dibina untuk mereka yang suka gaya profesional dan juga mereka yang mempunyai kelas tersendiri.

5. Hotel Jen

Antara hotel yang berada di bawah Shanri-La Groups

Hotel ni menawarkan elemen-elemen urban yang menakjubkan. Boleh dikatakan Hotel Jen antara hotel yang agak murah tapi bukan lah level hotel bajet. Telah dilancarkan pada tahun 2014 dan Hotel Jen ni ada dekat Malaysia seperti di Johor dan Pulau Pinang. Selain tu, korang boleh jumpa hotel ni dekat China, Manila, dan juga Maldives.

Kekayaan Hari Ini Bukan Diperoleh Dalam Masa Sehari

Kalau korang ingat Robert Kuok ni memang kaya asal, korang salah. Sebab Robert Kuok berkerja sebagai office boy. Lepas graduation, dia jugak kerja sebagai kerani pada tahun 1942 hingga 1945 di Singapura. Hanya pada tahun 1971 baru lah dia mengasakan Shangri-La Hotel di Singapura.

Kalau ikutkan umur dia sekarang adalah 94 tahun. Dan dia mula berkerja seawal 19 tahun. Jadi, tak hairalanlah dengan nilai aset yang dimiliki olehnya pada hari ni. Jadi, korang tu jangan lah termenung je. Cari lah mana-mana peluang. Mana tahu waktu umur korang 70 tahun korang dah boleh ada aset bernilai $15 Billion.