Dalam satu fasa kehidupan ni, terutamanya korang yang baru mula bekerja atau korang yang masih lagi pelajar, korang akan mula menyewa di bilik atau rumah sewa yang baru. Bagi korang yang memang ‘newbie’ pasal hal menyewa rumah ni, tips yang sis kongsikan ini akan jadi tips yang berguna dalam urusan korang menyewa rumah ni.

1.Tanya Soalan

Perkara pertama yang korang kena buat apabila korang lihat iklan sama ada secara ‘offline’ atau ‘online‘ adalah bertanyakan soalan. Benda ni penting supaya korang tak keliru dan tahu keadaan rumah yang ingin korang sewa dan dapat buat keputusan yang terbaik yang sesuai dengan gaya hidup korang. Sis senaraikan beberapa soalan ‘basic’ yang boleh bantu korang:

  • Berapa kadar sewa rumah atau bilik?
  • Berapa deposit yang ditetapkan?
  • Jarak lokasi rumah sewa dengan tempat kerja atau tempat belajar korang.
  • Rumah yang disewakan adalah kosong, semi furnished atau fully furnished?
  • Apa kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah? Contoh:wifi
  • Bolehkah saya menyewa beramai-ramai bersama kawan saya? Berapa bilangan maksimum penyewa yang boleh ada di dalam rumah tuan rumah
  • Bagaimana cara pembayaran utiliti elektrik dan air?

2. Rundingan dengan Tuan Rumah

Apabila korang dah rasa rumah tu dah sesuai dengan bajet dan kena dengan ciri-ciri rumah yang korang nak, korang boleh teruskan langkah seterusnya, rundingan dengan tuan rumah tentang kadar sewa yang ditetapkan dan kalau korang pandai tawar menawar, sebagai contoh, korang ingin menyewa buat masa yang panjang di rumah tersebut, boleh dapat diskaun dari tuan rumah lagi tau!

Seterusnya, bayaran deposit kepada tuan rumah. Bayaran deposit yang ditetapkan kebiasannya akan mengikut budi bicara tuan rumah itu sendiri. Ada juga tuan rumah yang bermurah hati untuk memberi kelonggaran untuk membayar deposit secara ansuran. Walaupu begitu, sis nak bagi peringatan dekat korang tentang pelbagai isu tentang isu deposit ini, jangan terlalu ‘excited’ dan terus buat pembayaran deposit tanpa ada hitam putih. Tekan link ini untuk korang baca isu penyewa yang dizalimi tuan rumah tentang isu deposit ni.

3. Baca dokumen perjanjian menyewa atau ‘tenancy agreement’

Perjanjian penyewa dita’rif sebagai kontrak yang ditandatangani oleh tuan tanah dan penyewa yang menyatakan dengan jelas semua terma dan syarat mengenai harta yang disewa. Kedua-dua pihak dibenarkan untuk merundingkan syarat-syarat perjanjian penyewaan dan apabila mereka bersetuju dan menandatangani kertas, tuan tanah dan penyewa terikat dengan syarat dalam perjanjian tersebut.

Bila korang dapat perjanjian sewa ni, sangat penting untuk korang baca, baca, dan baca! Korang kena faham dan kalau ada syarat dalam perjanjian sewa tu yang korang rasa kurang setuju atau nak runding, korang boleh bincang lagi dengan tuan rumah sebelum korang tandatangan kontrak sewa tu. Untuk maklumat lebih lanjut tentang hak korang sebagai penyewa, korang boleh rujuk link artikel ini.

4. Sentiasa ada hitam putih!

Pastikan korang sentiasa dokumenkan perkara penting. Contohnye, kerosakan yang ada di rumah sebelum korang masuk ke rumah sewa ataupun bil-bil yang berkaitan dengan tanggungjawab tuan rumah supaya korang boleh kemukan bukti pembayaran atau sebarang tindakan undang-undang jika perlu di masa kelak.

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang sis boleh kongsi untuk korang sebagai langkah berjaga jaga dan juga untuk panduan korang.Kalau korang ingin tips-tips lain dari sis,jangan malu dan boleh komen atau bertanya di ruang komen di bawah tau!

Jangan lupa like Facebook Page kami KakiProperty dan follow instagram kami di KakiProperty.

Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Gambar dari Guru Hartanah – Hairil Wahiri