KakiReview

3 Rumah yang paling dicari di Propwall

3 Rumah yang paling dicari di Propwall

Minggu lepas ada ramai yang bertanya kepada admin, apa yang best sangat tentang rumah yang paling yang dicari dalam propwall tu?

Kepada yang tak tahu boleh refer post admin di fb kaki property. Klik SINI.

Jadi kali ini admin nak bercerita sedikit apa yang best tentang rumah yang paling dicari didalam propwall ini.

Admin hanya akan cerita top 3 je eh.

Top 3 rumah yang paling dicari didalam Propwall

1. Regalia, Putra

 

Regalia, atau yang dikenali sebagai Regalia @ Sultan Ismail adalah service residence mewah yang dibangunkan oleh developer Mayland.

Lokasi yang menarik iaitu 1 minit dari Putra World Trade Center (PWTC) menjadikan rumah ini mempunyai daya tarikan yang tinggi. Regalia adalah rumah yang sesuai untukĀ  sophisticated yuppies dan urbanites yang susakan kehidupan bandar metropolitan Kuala Lumpur.

Regalia adalah antara kemuncak kehidupan mewah ,serba moden yang mengabungkan luas kawasan dan interior yang menarik.

Korang belum lagi tengok pool Regalia ini. Menghadap Kuala Lumpur. Korang boleh nampak KL Tower dan KLCC.

Meh Admin belanja gambar siket. Dan sebab lokasi dan pemandangan yang cantik inilah yang menyebabkan Regalia @ Sultan Ismail mendapat tempat pertama.

Kolam di Regalia @ Sultan Ismail

2. Mercu Summer Suites, KLCC

Mercu Summer Suite adalah projek komersial yang dibangunkan oleh developer tempatan kita iaitu UEM Sunrise Bhd. Ia telah dilancarkan secara eksklusif dan sold out dalam masa 2 HARI SAHAJA!

Office premium ini mempunyai keluasan antara 469 hingga ke 1347 sf. Jadi ia memberikan peluang kepada pemilik business kecil dan entrepreneurs untuk memiliki unit di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur.

Lokasi yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur, Mercu Summer Suites boleh diakses melalui Jalan Sultan Ismail atau Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH). Unit ini juga mempunyai jaringan perhubungan awam yang elok. Ia berdekatan dengan Bukit Nenas Monorail dan Dang Wangi LRT.

3. The Elements, Ampang Hilir

The Elements atau dikenali sebagai The Elements @ Ampang di Ampang Hilir adalah projek residential serviced appartment yang mempunyai 2 blok 41 Tingkat. Projek ini dibangunkan secara JV oleh Lang & General dan Mayland Group.

Rumah ini adalah sesuai untuk yang berkeluarga kerana kawasan ini sangat dekat dengan sekolah-sekolah swasta antarabangsa seperti Fairview International School, Sayfol International School, International School of Kuala Lumpur and Mutiara International School.

Rumah ini juga sangat dekat dengan Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang Puteri Specialist Centre, Pantai Indah Hospital, Hospital Ampang, Ampang Medical Centre, and Prince Court Medical Centre.

Sebab inilah The Elements menjadi rumah yang selalu dicari didapam Propwall. Kepada yang mampu, mesti ingin memiliki rumah disini. Kawasan kolam pun sangat menarik!

 

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

https://www.facebook.com/kakiproperty.my/

#kakiproperty

 

 

 

Leave a Reply